Powered by Blogger.
RSS

Part 3

Su Rie meneruskan lariannya tanpa hala tuju. Panggilan Hye Gyun yang sedang mengejarnya langsung tidak diendahkan. Akhirnya, dia berhenti di bawah sebatang pohon rendang yang berdekatan dengan tasik. Walaupun ia kelihatan indah, tetapi ia tidak dapat merawat hati Su Rie yang sedang dirundung kesedihan. Su Rie menangis semahu-mahunya. Ingatannya pada Jun Suh tiba-tiba muncul kembali tatkala dia sudah hampir melupakannya. Hye Gyun yang baru sahaja tiba terus menghampiri Su Rie dan duduk di sebelahnya.

"Hye Gyun... Aku sudah hampir lupakan dia. Tapi, kerana lelaki itu, ingatan aku pada dia muncul kembali."
"Sudahlah... Jangan bersedih lagi, okey. Aku tak rasa yang lelaki tu mirip dengan Jun Suh."
"Dia memang mirip, Hye Gyun... Wajahnya, senyumannya, matanya, semuanya sama..."

Hye Gyun tidak dapat berkata apa-apa. Dalam hatinya, dia tidak menafikan bahawa lelaki tadi memang mirip dengan wajah Jun Suh. Tiba-tiba, perasaan marahnya pada Jonghyun meluap-luap kerana baginya, lelaki itu telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Walhal, Jonghyun tidak mengerti apa-apa. Hye Gyun bertekad untuk mencari dan bersemuka dengan Jonghyun.

*Dalam hati*
"Aku akan cari kau hingga ke lubang cacing. Kaulah penyebab Su Rie menderita kembali."

Sepanjang malam Su Rie menangis. Ini menimbulkan kerisauan Hye Gyun, ibu dan abang Su Rie.

"Saya rasa risaulah, mama."
"Mama tahu... Mama pun rasa macam tu juga. Ibu mana yang tak risau bila tengok anaknya menangis macam tu sekali."
"Entahlah, makcik. Saya memang tak boleh nak kata apa. Dah puas saya pujuk dia, tapi, dia langsung tak nak dengar."
"Macam mana dia boleh jadi macam tu, Gyun?"

Hye Gyun terdiam. Dia tidak tahu bagaimana dia nak menjelaskan tentang keadaan sebenar pada Yong Soo kerana dia tahu abang sahabatnya itu seorang yang panas baran. Sekiranya Yong Soo tahu, memang teruk dua lelaki itu dikerjakan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu pada Yong Soo.

"Dia cuma teringatkan mendiang Jun Suh, itu saja."
"Ye ke?"

Hye Gyun hanya mengangguk. Serta-merta dia meminta diri untuk pulang kerana sebolehnya dia mahu menamatkan persoalan Yong Soo kerana dia berasa takut sekiranya perbohongannya diketahui. Sampai di rumah, Hye Gyun merebahkan dirinya di atas katil sambil memikirkan situasi yang berlaku di restoran tadi.

*Dalam hati*
"Siapa lelaki tu? Wajahnya memang mirip dengan Jun Suh. Takkan Jun Suh ada kembar? Tak mungkin... Setahu aku, Jun Suh cuma anak tunggal dalam keluarga. Hhhhmmm..."

Hye Gyun terus-menerus memikirkan pasal Jonghyun dan Seung Ho sehingga dirinya terlelap.

*2 minggu kemudian...*

Su Rie berjalan berseorangan di Myeongdong. Dia hanya melihat-lihat di kawasan itu kerana sudah agak lama dia tidak berkunjung ke situ. Kali terakhir dia ke Myeongdong ketika dia bersama Jun Suh setahun yang lalu. Tanpa disedari, memori-memori silamnya terimbas di ingatannya. Dia terlalu leka mengingati memori itu sehingga dia tidak menyedari bahawa dia menghampiri jalan besar. Dia hanya tersedar apabila sebuah lori sudah menghampirinya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana kakinya kaku dan tidak mahu bergerak. Tiba-tiba, seseorang telah menerpa kearahnya dan mereka berdua selamat dari dilanggar oleh lori tadi. Su Rie menggigil ketakutan kerana nyawanya hampir melayang akibat dari kecuaian dan kelalaiannya.

"Cik tak apa-apa?"

Su Rie memandang wajah lelaki itu. Ternyata lelaki itu adalah Seung Ho yang kebetulan berada di situ. Orang ramai mula mengelilingi mereka untuk melihat keadaan mereka.

"Kamu berdua tak apa-apa ke?"
"Saya tak apa-apa. Cuma, cik ni saja. Saya rasa dia masih lagi dalam keadaan trauma. Saya perlu bawa dia ke hospital."
"Mari naik kereta saya."
"Baik."

Seung Ho mengangkat Su Rie dan membawanya masuk ke dalam kereta. Mereka pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 3 jam kemudian, keadaan Su Rie kembali normal. Dia tersedar selepas diberi ubat penenang. Dia memandang Seung Ho disebelahnya dengan raut wajah yang penuh kekeliruan.

"Saya dekat mana ni?"
"Cik dekat hospital. Hhhmmm... Cik tak apa-apa ke?"
"Saya okey. Awak ni siapa?"
"Saya Seung Ho. Saya yang selamatkan cik dari dilanggar lori."
"Oh... Terima kasih kerana selamatkan saya."
"Sama-sama. Tapi, saya hairan. Macam mana cik boleh tak sedar yang cik dah berada di tengah-tengah jalan besar?"
"Eerr... Saya mengelamun tadi."
"Sepatutnya cik tak boleh mengelamun sambil berjalan. Tak pasal-pasal nanti jadi macam tadi. Kalau cik nak mengelamun, lebih baik cik mengelamun kat rumah je. Lagi selamat dan tiada siapa pun akan mengganggu melainkan kalau ada orang yang dengki tak boleh tengok orang lain mengelamun sikit."

Su Rie tertawa kecil mendengar celoteh Seung Ho. Tidak menyangka bahawa seseorang yang tidak dikenalinya sedang meleterinya kini. Seung Ho tersenyum dan berasa senang apabila melihat Su Rie tertawa.

"Saya suka tengok cik ceria dan tersenyum macam ni. Nampak lebih manis."
"Tak payahlah nak bercik-cik dengan saya. Panggil saya Su Rie. Selamat berkenalan."

Su Rie menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. Seung Ho menyambutnya dengan hati yang berbunga-bunga.

"Baiklah, Su Rie. Selamat berkenalan juga."

*Di taman rekreasi...*

Jonghyun sedang sibuk mengambil gambar-gambar menarik di taman rekreasi itu. Tiba-tiba, bahunya ditepuk dengan kasar. Dia memandang belakang dan kelihatan Hye Gyun sedang memeluk tubuh sambil memandang Jonghyun dengan tajam.

"Awak buat apa kat sini?"
"Sebab saya nak jumpa awak."
"Pasal apa?"
"Saya tak puas hati dengan awak."
"Kenapa pula? Apa yang saya dah buat?"
"Awaklah yang menyebabkan kawan saya menderita kembali!"
"Huh? Hei, hello... Saya tak kacau kawan awak pun. Pukul dia pun tak. Yang awak tiba-tiba nak tuduh saya ni kenapa?"
"Awak takkan faham!"
"Macam mana saya nak faham kalau awak sendiri pun tak terangkan pada saya."
"Saya malas nak terangkan pada awak!"

Hye Gyun terus berllau pergi meninggalkan Jonghyun yang masih  terpinga-pinga dan kebingungan.

*Dalam hati*
"Perempuan ni betul ke tidak? Otak dia ni memang bermasalah betul! buat malu aku je."

Jonghyun segera beredar dari situ kerana berasa malu yang amat sangat apabila orang ramai mula memandangnya dengan sinis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS