Powered by Blogger.
RSS

Part 2

*6 bulan kemudian...*



Su Rie sudah pulih dan kembali ceria seperti sedia kala. Dia sudah dapat menerima pemergian Jun Suh walaupun adakalanya dia merindui kekasihnya itu. Selepas hampir setahun dia mengurungkan dirinya di dalam rumah, akhirnya pada hari tu dia mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar bersama Hye Gyun. Hye Gyun membawa rakannya ke pusat membeli-belah dan taman tema. Mereka membeli-belah dan bermain dengan gembira di taman tema. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memerhati setiap gerak-geri mereka. Mata itu mengamit dengan teliti wajah dua orang gadis itu kerana dia pernah melihat salah seorang daripada mereka di satu tempat beberapa bulan yang lalu. sedang asyik memerhati, tiba-tiba bahunya ditepuk kasar oleh seseorang.


"Seung Ho! Kau tengok apa tu?"
"Hish! Kau ni! Buat aku terkejut je."
"Dah tu... Dari tadi aku tengok kau bukan main asyik lagi pandang perempuan tu. Kenapa? Dah jatuh cinta ke?"
"Takde la... Cuma, aku rasa aku macam pernah nampak salah seorang daripada diorang. Tapi, aku tak pasti yang mana satu."
"Oooo... Mungkin kau ada nampak dia kat mana-mana. Tapi, selama ni pun kau bukannya ambil kisah sangat. Apasal tiba-tiba kau jadi macam ni?"
"Entah la. Aku pun tak pasti."
"Hhhmm... Lantak kau la. Malas aku nak layan. Kau ni tak nak balik ke? Aku dah penat ni. Dah la esok ada kerja nak kena buat."
"Yelah... Jom kita balik."
"Jom!"

Mereka berdua keluar dari taman tema itu dan terus bergerak menuju ke apartment mereka. Sampai di rumah, mereka membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja ruang tamu. Selepas membersihkan diri, mereka berdua duduk di atas sofa dan mula mengasingkan gambar dan barang yang tak berguna. sedang asyik mengemas, Seung Ho terpandang gambar yang diambilnya ketika pergi ke pantai beberapa bulan yang lalu. Dia terus merapati Jonghyun sambil menunjukkan gambar tersebut kepadanya.

"Wei! Patut la aku rasa macam kenal je perempuan tadi."
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba je jadi macam ni."
"Kau ingat tak perempuan yang aku pandang kat taman tema tadi?"
"Ingat. Kenapa?"
"Cuba kau tengok ni. Bukan ke dia ni orang yang sama?"
"Ha'ah la... Memang betul la dia ni."
"Patut la aku rasa macam pernah tengok dia."
"Eh! Baru aku perasan. Lelaki kat sebelah dia ni mirip kau la."
"Ye ke?"
"Betul. Bukan mirip lagi, tapi dah boleh dikategorikan sebagai klon, tau."

"Memandai je la kau ni."
"Iye... Cuba kau tengok betul-betul."


Seung Ho mengambil gambar tersebut dari tangan Jonghyun dan melihat kembali gambar itu. Hampir 10 minit dia menatap gambar itu seperti sedang terfikirkan sesuatu. Dalam hatinya, dia tidak menafikan bahawa kata-kata Jonghyun itu adalah benar. Muka lelaki di dalam gambar itu amat mirip dengan wajahnya. Terdetik dihatinya untuk bertemu dengan lelaki itu walaupun ia agak mustahil kerana dia sendiri tidak mengenali dan mengetahui lokasi lelaki itu. Walaubagaimanapun, dia masih tertanya-tanya sebab apa gadis itu membuang gambar-gambar itu ke dalam laut. Dia bermonolog sendiri di dalam hatinya.

"Hhhmmm... Kenapa gadis tu buang gambar-gambar ni? Mereka berdua dah berpisah ke?"

Jonghyun disebelah hanya sekadar memandang sahabatnya yang sedang asyik menatap gambar itu. Jonghyun menepuk bahu Seung Ho dengan begitu kuat sekali.

*PAP*
"Hoi! Bukan main asyik lagi kau tenung gambar tu. Sampai tembus ke lantai aku tengok."
"Hish! Kau ni! Sakit tau tak! Dah tak reti nak tepuk dengan perlahan ke?!"
"Huih... Aku memang reti. Tapi, kau tu la. Asyik sangat tengok gambar tu. Aku rasa nak dekat 20 minit la kau tenung gambar tu. Apasal? Kau syok dekat gadis dalam gambar tu ke?"
"Bukan macam tu. Sebenarnya, aku masih lagi terfikir kenapa gadis tu buang gambar-gambar ni."
"Laaaa.... Yang kau sibuk nak fikirkan pasal tu buat apa? Dia bukannya adik kau pun."
"Aku tahu tu... Tapi, entahlah. Ada sesuatu yang menarik aku untuk mengetahui punca sebenar."
"Hhhmmm... Ikut suka kau la. Lebih baik aku pergi mandi dari melayan kerenah kau ni."
"Pergi je la. Aku tak suruh kau tunggu pun."
"Hek'eleh... Yelah!"

Jonghyun mencapai tualanya di belakang pintu dan terus menuju ke bilik mandi sementara Seung Ho pula mengemas gambar-gambar itu dan simpan di dalam sebuah sampul dan meletakkannya di dalam beg galasnya supaya ia tidak hilang. Selepas siap mengemas, dia berbaring-baring di atas katil sementara menunggu Jonghyun selesai mandi. Dia merenung siling biliknya dan mengelamun sendirian. Lamunannya terhenti apabila Jonghyun mencampakkan tuala ke arahnya.

"Sudah-sudah la mengelamun tu. Pergi mandi. Badan dah macam bau kambing."
"E'leh... Macam la dia tu wangi sangat."
"Dah sudah mandi, mesti la wangi."
"Yelah..."
"Kau tak nak makan ke? Aku lapar sangat ni."
"Mestilah! Kenapa? Kau nak masakkan untuk aku ke?"
"Dalam mimpi je la aku nak masakkan untuk kau. Kita makan kat luar je la."
"Huh! Kau tu memang... Bila aku suruh masak je, ada je la benda yang nak dijawab. Tunggu aku kejap. Lepas aku bersiap baru kita pergi."
"Okey! Kau belanja."
"Aku lagi."
"Yelah... Kau kan bos."
"Yelah..."
"Hehehe... Bagus!"

Seung Ho hanya menggelengkan kepalanya. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan membersihkan dirinya. Selepas bersiap, mereka berdua keluar lalu menuju ke sebuah restoran makanan segera. Ketika mengambil pesanan, Jonghyun ternampak gadis di dalam gambar itu sedang menikmati makanan bersama kawannya. Jonghyun menyiku tangan Seung Ho sambil jari menunjukkan ke arah dua orang gadis itu. Seung Ho memandang ke arah yang ditunjukkan Jonghyun. Dia terkejut kerana tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan gadis itu.

"Wah... Tak sangka pulak boleh jumpa dia kat sini."
"Hhhmmm..."
"Kau nak tegur dia tak?"
"Buat apa?"
"Tadi dah alang-alang jumpa ni, tegur je la. Mana tahu tiba-tiba ter'sangkut'."
"Ada-ada je la kau."
"Sekejap ye."
"Kau nak pergi mana? Wei!"

Jonghyun menghampiri dua orang gadis itu lalu menyapa mereka.

"Hai."
"Awak ni siapa?"
"Nama saya Jonghyun."

Jonghyun menghulurkan tangannya tapi tidak disambut. Dia menggenggam tangannya dan meneruskan perbualannya.

"Minta maaf sebab saya mengganggu awak berdua."
"Apa yang awak nak?"
"Sekurang-kurangnya, beritahu nama awak berdua."
"Buat apa kami nak beritahu pada awak?"
"Sudahlah tu... Saya Park Su Rie dan ini sahabat baik saya, Seo Hye Gyun."
"Oooo... Awak ni lebih baik dari sahabat awak ni."
"Itu bukan urusan awak! Apa yang awak nak?!"
"Huih! Garangnya... Sabar, sabar... Sebenarnya, kawan saya nak berkenalan dengan kawan awak ni."
"Siapa kawan awak?"
"Tu... Yang duduk di meja hujung sana."

Jonghyun menunjuk ke arah Seung Ho. Mereka berdua memandang ke arah Seung Ho dan Seung Ho membalasnya dengan senyuman. Su Rie terpana. Air matanya bergenang dan hatinya berasa sebak yang teramat. Su Rie segera berlari keluar dari restoran itu sambil menangis. Hye Gyun mengejarnya dari belakang sambil memberikan renungan yang tajam pada Jonghyun. Jonghyun kembali semula ke mejanya dalam keadaan terpinga-pinga.

"Kau buat apa pada dia?"
"Mana ada aku buat apa-apa."
"Kalau tak, kenapa dia tiba-tiba menangis?"
"Mana la aku tahu. Yang aku tahu, lepas dia pandang kau, dia terus lari."
"Hhhmmmm..."

Mereka berdua mendiamkan diri dan terus memakan makanan yang sudah sedia terhidang di hadapan mereka. Mereka langsung tidak bersuara walaupun sepatah perkataan kerana masih dihantui peristiwa tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment