Powered by Blogger.
RSS

Part 1

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Su Rie menghelakan nafas berat sambil merenung ke arah laut biru yang menenangkan jiwa. Dadanya sebak menahan tangis. Dia tidak menyangka musim bunga merupakan musim yang amat memedihkan hatinya. Dan musim bunga juga merupakan musim terakhir yang diraikan bersama insan yang teramat dicintainya. Jun Suh pergi meninggalkanya buat selama-lamanya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya. Akhirnya, air mata Su Rie jatuh berguguran. Dia menangis semahu-mahunya kerana dia juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Tetapi, nasibnya baik kerana dia hanya mengalami cedera parah di bahagian tangan dan kaki. Su Rie tidak dapat menerima hakikat dengan pemergian Jun Suh. Baginya, hilang Jun Suh bermakna hilanglah kehidupan dan cintanya. Pernah beberapa kali dia cuba untuk membunuh dirinya, tetapi setiap kali dia ingin membuat begitu, serta-merta wajah Jun Suh terbayang diingatannya.


"Begitu cepat awak pergi, sayang... Awak tahu tak betapa rindunya saya pada awak. Oh Tuhan, kenapa kau tidak membawa aku pergi sekali bersama kekasihku? Kenapa?", hatinya merintih kesedihan.

Su Rie menatap gambar yang berada ditangannya. Gambar dia bersama Jun Suh yang sedang tersenyum manis. Gambar yang diambil ketika hari ulang tahun percintaan mereka yang ke-3 pada musim bunga setahun yang lalu. Hatinya sayu. Dia mencium gambar itu dengan lama. Dia menatap kembali gambar itu sebelum dibuang ke dalam laut. Hatinya berat untuk membuang gambar itu, tetapi, apakan daya kerana sudah tidak bermakna lagi untuk dia menyimpan semua gambarnya bersama Jun Suh. Setelah menatap semua gambar itu, Su Rie membuangnya ke dalam laut. Dia memandang sayu pada gambar-gambar yang semakin lama semakin jauh dari pandangan matanya. Dia berpaling lalu beredar dari pantai itu. Tanpa disedari, seseorang telah mengutip gambar-gambar yang dihanyutkan ke laut. Lelaki itu menatap gambar itu sambil memerhatikan Su Rie yang sudah masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan pantai.

"Kenapa dia buang gambar-gambar ni? Dan siapa pula lelaki didalam gambar ni? Adakah lelaki ni kekasihnya?", soal hatinya.

Lelaki itu menyimpan gambar-gambar itu dan membawanya pulang. Sahabat lelaki itu menjerit memanggilnya dari pantai.

"Woi! Jom kita balik! Hari dah nak senja ni!"
"Yelah! Yelah!", sahut lelaki itu.

Lelaki itu bergegas ke pantai. Dia mengambil baju yang kering untuk digantikan dengan baju basah yang dipakainya. Sahabatnya terpandang gambar yang diletakkan di atas beg. Dia mengambil gambar-gambar itu dan menatapnya satu persatu.

"Wei! Gambar siapa ni? Mana kau dapat gambar-gambar ni?"
"Entahlah. Aku kutip gambar-gambar tu dekat laut tadi."
"Dekat laut? Siapalah yang buang gambar-gambar ni. Sayang betul."
"Hhhmmm..."
"Hei! Cantiklah gadis dalam gambar ni. Aku rasa lelaki ni mesti kekasih dia. Memang sepadan la."
"Tu la. Tapi aku masih tertanya-tanya, sebab apa gadis tu buang gambar-gambar ni."
"Mungkin mereka berdua dah berpisah. Gadis tu rasa sakit hati, jadi dia ambil keputusan untuk buang gambar-gambar ni."
"Huh! Kau ni... Cuba la bagi pandangan yang positif sikit."
"La... Dah hakikatnya macam tu. Takkan la dia nak buat pertandingan mencari harta karun dengan teman lelaki dia kot."
"Kau ni..."
"Apa?"
"Malas la aku nak cakap dengan kau. Buang masa aku je."
"E'leh... Buang masa konon. Blah la kau!"
"Nak blah ke mana?"
"Mana-mana je la."
"Okey! Kalau macam tu, aku blah dulu la ye. Pandai-pandai la kau balik sendiri."
"Eh! Wei... Rileks la... Aku main-main je tadi. Takkan la kau nak tinggalkan sahabat sejati kau kat sini kot."
"Hahaha! Tu la... Kau jangan sekali-kali cabar aku. Nanti betul-betul aku tinggalkan kau, baru tau."
"Yelah, yelah..."

Mereka berdua mengemas semua peralatan mereka dan masuk ke dalam kereta. Mereka beredar dari pantai lepas matahari terbenam dan suasana mulai kelam.


***********


"Su Rie..."

Su Rie tersentak dari lamunannya. Dia berpaling dan kelihatan sahabat baiknya, Hye Gyun menguntumkan senyuman manis kepadanya. Su Rie hanya memandang kosong. Dia tidak berdaya untuk membalas senyuman sahabatnya itu. Hye Gyun menghela nafas berat. Sudah hampir 3 bulan Su Rie bersikap begitu. Hye Gyun, keluarga Su Rie dan keluarga Jun Suh sudah habis ikhtiar. Mereka tidak tahu bagaimana untuk memulihkan kembali semangat Su Rie yang sudah hilang sejak kematian Jun Suh. Hye Gyun menitiskan air matanya. Hatinya berasa amat perit. Dia tidak sanggup lagi melihat kesedihan Su Rie. Baginya, Su Rie sudah dianggap seperti kembarnya. Gembira Su Rie, gembiralah dia. Sedih Su Rie, sedihlah dia. Kerana tidak tahan, Hye Gyun terus merentap bahu Su Rie lalu memusingkan Su Rie bagi menghadap dirinya. Su Rie terkejut akan tindakan Hye Gun. Riak wajahnya yang pada awalnya mula tegang kian rudum apabila melihat air mata yang merembes laju di pipi Hye Gyun.

"Su Rie... Cukuplah. Yang pergi, tetap pergi dan takkan kembali. Sampai bila kau nak menyeksakan diri kau? Kau tahu tak? Kau bukan setakat menyeksakan diri kau, malah diri orang-orang yang berada di sisi kau."

"Aku tahu... Tapi, aku tak mampu nak menghalangnya. Aku terlalu cintakan dia, Hye Gyun. Tak mungkin aku akan lupakan tragedi tu."

"Sebenarnya kau mampu. Aku tahu kau mampu. Tapi, kau sengaja membiarkan tragedi tu menguasai diri kau. Kalau kau tak biarkan, kau takkan jadi macam ni."

"Aku..."

"Sudahlah, Su Rie. Aku ni bukannya menghasut untuk lupakan Jun Suh sebab aku tahu cinta kau terhadap dia amat kuat. Tapi, sekurang-kurangnya kau terimalah hakikat bahawa dia dah pergi buat selama-lamanya. Kasihan dia. Roh dia terseksa disebabkan kau."

"..."

"Su Rie... Kau kena ingat. Aku dan keluarga kau sentiasa berada disisi kau. Aku akan tolong kau, okey?"

Su Rie mengangguk. Dia memeluk Hye Gyun sambil menangis. Dia berasa terharu kerana kawan baiknya itu sentiasa mengambil berat terhadap dirinya. Hye Gyun mengusap-usap kepala dan belakang badan Su Rie. Di dalam hatinya, dia berharap sangat agar Su Rie dapat menerima hakikat dan kembali seperti sedia kala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Nina Aziz said...

okay!!!hahah. nice kot storynye~~~

Ridz-PearlSapphire said...

nice ke??? huhuhu^^
thanks a lot... aku cube yg terbaik untuk siapkan citer ni dalam mase yg terdekat...

Post a Comment