Powered by Blogger.
RSS

Part 4

Sampai sahaja di rumah, Jonghyun berlari masuk ke dalam biliknya. Seung Ho yang sudah berada lama di rumah berasa pelik dengan sikap Jonghyun. Dia masuk ke bilik Jonghyun dan kelihatan Jonghyun terjerit-jerit sambil mukanya ditekup dengan bantal.

"Tak guna punya perempuan! Kau malukan aku!"
"Kau ni kenapa? Histeria ke?"
"Hish! Aku bengang betul dengan seorang perempuan ni! Dah la tegur cara kasar! Lepas tu, dia marah aku depan orang ramai! Eeeeiii!!! Malu betul aku dibuatnya!"
"Laaa... Pasal tu yang kau terjerit-jerit macam orang gila ni. Hhhmmm... Kau kenal ke dengan perempuan tu?"
"Kenal. Dia la kawan gadis dalam gambar tu."
"Oooo... Aik! Pelik juga bila dia tiba-tiba marah kau. Kau ada buat salah kot... Pasal tu la dia marah kau."
"Kalau ye pun aku buat salah, sekurang-kurangnya beritahu aku apa yang aku dah buat. Masalahnya, dia tak nak beritahu langsung! Dia main 'blah' macam tu je. Hampeh betul!!!"
"Rileks, rileks... Jom! Aku belanja kau makan aiskrim Baskin Robin. Biar sejuk sikit hati kau yang tengah panas membara."
"Sebab kau yang belanja, aku okey je. Hehehe!"
"Huh! Kalau aku yang belanja, bukan main pantas kau setuju."
"Biasalah..."

Mereka berdua keluar semula dan pergi ke kafe Baskin Robin. Selepas memesan aiskrim kegemaran, mereka duduk di satu sudut yang agak jauh dari orang ramai.

"Macam mana? Dah reda ke kemarahan kau?"
"Ada la sikit. Terima kasih sebab belanja aku."
"Macam la tak biasa."
"Hehehe..."
"Hhhmmm... Kau nak tahu sesuatu tak?"
"Nak! Apa dia?"
"Tadi aku jumpa Su Rie."
"Su Rie? Ooo... Su Rie... Kau jumpa dia kat mana? Macam mana kau boleh jumpa dia?"
"Aku jumpa dia kat tengah jalan besar di Myeongdo."
"Hah? Laa... Kenapa tengah jalan pula?"
"Kebetulan je. Lagipun, aku selamatkan dia dari dilanggar lori."
"Ooo... Wah! Sepupu aku dah jadi hero! Tahniah aku ucapkan!"
"Hehehe... Tiba-tiba terasa hidung aku ni kembang."
"Huh! Hidung kau memang dah sedia kembang pun."
"Chait! Hidung yang mancung ni kau kata kembang? Tak guna punya kawan. Pulangkan balik duit aiskrim tu."
"E'leh... Buruk siku betul. Baru mengacah sikit, dah merajuk."
"Yelah... Kutuk benda lain, boleh la."
"Okey, okey... Ha! Sambung la cerita kau tadi."

Seung Ho menyambung ceritanya. Jonghyun mendengarnya dengan penuh minat dan segala masalah yang dialaminya tadi telah pun hilang. Jonghyun menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu kerana baginya, ia merupakan satu permulaan yang bagus.

"Bagus betul kau ni. Apa langkah kau lepas ni?"
"Hhhmmm... Tak tahu lagi. Mungkin aku akan cuba ajak dia keluar untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam."
"Bagus la kalau macam tu. Bila kau nak ajak dia keluar?"
"Entah la. Tengok la nanti."
"Hhhmmm..."

Mereka meneruskan memakan aiskrim sambil bercerita tentang hal kerja dan juga hal-hal yang lain. Selepas itu, mereka pergi ke studio untuk melihat kerja-kerja yang belum disiapkan lagi. Sampai sahaja disana, kelihatan Jung Hee Bin, iaitu ibu Seung Ho, sedang mengambil gambar para model dari sebuah agensi.

Okay, guys! Good job! Besok kita akan bertemu lagi di sini, okey?
Baik, Pn. Jung! Kami pulang dulu.
Okey.

Hee Bin mengumpul semua foto dan majalah yang berselerakan di atas meja. Dia juga melihat semua foto yang baru diambilnya sebentar tadi.

"Hai, mama! Nampak sibuk je hari ni..."
"Hai! Boleh tahan la. Hari ni je ada 5 photoshoot. Esok pula ada 4. Haih... Migrain, migrain..."
"Relaks la, mama... Kami berdua kan ada. Kalau mama penat, kami boleh ganti."
"Hhhhmmm... Bagus jugak idea kamu tu. Esok kamu berdua datang ye. Mama ada temujanji."
"Temujanji? Makcik pergi dating ye...."
"Mana ada... Mama ada temu janji dengan pengarah urusan sebuah syarikat majalah hiburan."
"Oooo.... Okey, bos! Kami sedia berkhidmat!"
"Hahaha! Baiklah... Mama nak balik dulu. Kamu berdua tolong sambung kerja mama ni ye."
"Baik!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Part 3

Su Rie meneruskan lariannya tanpa hala tuju. Panggilan Hye Gyun yang sedang mengejarnya langsung tidak diendahkan. Akhirnya, dia berhenti di bawah sebatang pohon rendang yang berdekatan dengan tasik. Walaupun ia kelihatan indah, tetapi ia tidak dapat merawat hati Su Rie yang sedang dirundung kesedihan. Su Rie menangis semahu-mahunya. Ingatannya pada Jun Suh tiba-tiba muncul kembali tatkala dia sudah hampir melupakannya. Hye Gyun yang baru sahaja tiba terus menghampiri Su Rie dan duduk di sebelahnya.

"Hye Gyun... Aku sudah hampir lupakan dia. Tapi, kerana lelaki itu, ingatan aku pada dia muncul kembali."
"Sudahlah... Jangan bersedih lagi, okey. Aku tak rasa yang lelaki tu mirip dengan Jun Suh."
"Dia memang mirip, Hye Gyun... Wajahnya, senyumannya, matanya, semuanya sama..."

Hye Gyun tidak dapat berkata apa-apa. Dalam hatinya, dia tidak menafikan bahawa lelaki tadi memang mirip dengan wajah Jun Suh. Tiba-tiba, perasaan marahnya pada Jonghyun meluap-luap kerana baginya, lelaki itu telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Walhal, Jonghyun tidak mengerti apa-apa. Hye Gyun bertekad untuk mencari dan bersemuka dengan Jonghyun.

*Dalam hati*
"Aku akan cari kau hingga ke lubang cacing. Kaulah penyebab Su Rie menderita kembali."

Sepanjang malam Su Rie menangis. Ini menimbulkan kerisauan Hye Gyun, ibu dan abang Su Rie.

"Saya rasa risaulah, mama."
"Mama tahu... Mama pun rasa macam tu juga. Ibu mana yang tak risau bila tengok anaknya menangis macam tu sekali."
"Entahlah, makcik. Saya memang tak boleh nak kata apa. Dah puas saya pujuk dia, tapi, dia langsung tak nak dengar."
"Macam mana dia boleh jadi macam tu, Gyun?"

Hye Gyun terdiam. Dia tidak tahu bagaimana dia nak menjelaskan tentang keadaan sebenar pada Yong Soo kerana dia tahu abang sahabatnya itu seorang yang panas baran. Sekiranya Yong Soo tahu, memang teruk dua lelaki itu dikerjakan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu pada Yong Soo.

"Dia cuma teringatkan mendiang Jun Suh, itu saja."
"Ye ke?"

Hye Gyun hanya mengangguk. Serta-merta dia meminta diri untuk pulang kerana sebolehnya dia mahu menamatkan persoalan Yong Soo kerana dia berasa takut sekiranya perbohongannya diketahui. Sampai di rumah, Hye Gyun merebahkan dirinya di atas katil sambil memikirkan situasi yang berlaku di restoran tadi.

*Dalam hati*
"Siapa lelaki tu? Wajahnya memang mirip dengan Jun Suh. Takkan Jun Suh ada kembar? Tak mungkin... Setahu aku, Jun Suh cuma anak tunggal dalam keluarga. Hhhhmmm..."

Hye Gyun terus-menerus memikirkan pasal Jonghyun dan Seung Ho sehingga dirinya terlelap.

*2 minggu kemudian...*

Su Rie berjalan berseorangan di Myeongdong. Dia hanya melihat-lihat di kawasan itu kerana sudah agak lama dia tidak berkunjung ke situ. Kali terakhir dia ke Myeongdong ketika dia bersama Jun Suh setahun yang lalu. Tanpa disedari, memori-memori silamnya terimbas di ingatannya. Dia terlalu leka mengingati memori itu sehingga dia tidak menyedari bahawa dia menghampiri jalan besar. Dia hanya tersedar apabila sebuah lori sudah menghampirinya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana kakinya kaku dan tidak mahu bergerak. Tiba-tiba, seseorang telah menerpa kearahnya dan mereka berdua selamat dari dilanggar oleh lori tadi. Su Rie menggigil ketakutan kerana nyawanya hampir melayang akibat dari kecuaian dan kelalaiannya.

"Cik tak apa-apa?"

Su Rie memandang wajah lelaki itu. Ternyata lelaki itu adalah Seung Ho yang kebetulan berada di situ. Orang ramai mula mengelilingi mereka untuk melihat keadaan mereka.

"Kamu berdua tak apa-apa ke?"
"Saya tak apa-apa. Cuma, cik ni saja. Saya rasa dia masih lagi dalam keadaan trauma. Saya perlu bawa dia ke hospital."
"Mari naik kereta saya."
"Baik."

Seung Ho mengangkat Su Rie dan membawanya masuk ke dalam kereta. Mereka pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 3 jam kemudian, keadaan Su Rie kembali normal. Dia tersedar selepas diberi ubat penenang. Dia memandang Seung Ho disebelahnya dengan raut wajah yang penuh kekeliruan.

"Saya dekat mana ni?"
"Cik dekat hospital. Hhhmmm... Cik tak apa-apa ke?"
"Saya okey. Awak ni siapa?"
"Saya Seung Ho. Saya yang selamatkan cik dari dilanggar lori."
"Oh... Terima kasih kerana selamatkan saya."
"Sama-sama. Tapi, saya hairan. Macam mana cik boleh tak sedar yang cik dah berada di tengah-tengah jalan besar?"
"Eerr... Saya mengelamun tadi."
"Sepatutnya cik tak boleh mengelamun sambil berjalan. Tak pasal-pasal nanti jadi macam tadi. Kalau cik nak mengelamun, lebih baik cik mengelamun kat rumah je. Lagi selamat dan tiada siapa pun akan mengganggu melainkan kalau ada orang yang dengki tak boleh tengok orang lain mengelamun sikit."

Su Rie tertawa kecil mendengar celoteh Seung Ho. Tidak menyangka bahawa seseorang yang tidak dikenalinya sedang meleterinya kini. Seung Ho tersenyum dan berasa senang apabila melihat Su Rie tertawa.

"Saya suka tengok cik ceria dan tersenyum macam ni. Nampak lebih manis."
"Tak payahlah nak bercik-cik dengan saya. Panggil saya Su Rie. Selamat berkenalan."

Su Rie menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. Seung Ho menyambutnya dengan hati yang berbunga-bunga.

"Baiklah, Su Rie. Selamat berkenalan juga."

*Di taman rekreasi...*

Jonghyun sedang sibuk mengambil gambar-gambar menarik di taman rekreasi itu. Tiba-tiba, bahunya ditepuk dengan kasar. Dia memandang belakang dan kelihatan Hye Gyun sedang memeluk tubuh sambil memandang Jonghyun dengan tajam.

"Awak buat apa kat sini?"
"Sebab saya nak jumpa awak."
"Pasal apa?"
"Saya tak puas hati dengan awak."
"Kenapa pula? Apa yang saya dah buat?"
"Awaklah yang menyebabkan kawan saya menderita kembali!"
"Huh? Hei, hello... Saya tak kacau kawan awak pun. Pukul dia pun tak. Yang awak tiba-tiba nak tuduh saya ni kenapa?"
"Awak takkan faham!"
"Macam mana saya nak faham kalau awak sendiri pun tak terangkan pada saya."
"Saya malas nak terangkan pada awak!"

Hye Gyun terus berllau pergi meninggalkan Jonghyun yang masih  terpinga-pinga dan kebingungan.

*Dalam hati*
"Perempuan ni betul ke tidak? Otak dia ni memang bermasalah betul! buat malu aku je."

Jonghyun segera beredar dari situ kerana berasa malu yang amat sangat apabila orang ramai mula memandangnya dengan sinis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Part 2

*6 bulan kemudian...*



Su Rie sudah pulih dan kembali ceria seperti sedia kala. Dia sudah dapat menerima pemergian Jun Suh walaupun adakalanya dia merindui kekasihnya itu. Selepas hampir setahun dia mengurungkan dirinya di dalam rumah, akhirnya pada hari tu dia mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar bersama Hye Gyun. Hye Gyun membawa rakannya ke pusat membeli-belah dan taman tema. Mereka membeli-belah dan bermain dengan gembira di taman tema. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memerhati setiap gerak-geri mereka. Mata itu mengamit dengan teliti wajah dua orang gadis itu kerana dia pernah melihat salah seorang daripada mereka di satu tempat beberapa bulan yang lalu. sedang asyik memerhati, tiba-tiba bahunya ditepuk kasar oleh seseorang.


"Seung Ho! Kau tengok apa tu?"
"Hish! Kau ni! Buat aku terkejut je."
"Dah tu... Dari tadi aku tengok kau bukan main asyik lagi pandang perempuan tu. Kenapa? Dah jatuh cinta ke?"
"Takde la... Cuma, aku rasa aku macam pernah nampak salah seorang daripada diorang. Tapi, aku tak pasti yang mana satu."
"Oooo... Mungkin kau ada nampak dia kat mana-mana. Tapi, selama ni pun kau bukannya ambil kisah sangat. Apasal tiba-tiba kau jadi macam ni?"
"Entah la. Aku pun tak pasti."
"Hhhmm... Lantak kau la. Malas aku nak layan. Kau ni tak nak balik ke? Aku dah penat ni. Dah la esok ada kerja nak kena buat."
"Yelah... Jom kita balik."
"Jom!"

Mereka berdua keluar dari taman tema itu dan terus bergerak menuju ke apartment mereka. Sampai di rumah, mereka membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja ruang tamu. Selepas membersihkan diri, mereka berdua duduk di atas sofa dan mula mengasingkan gambar dan barang yang tak berguna. sedang asyik mengemas, Seung Ho terpandang gambar yang diambilnya ketika pergi ke pantai beberapa bulan yang lalu. Dia terus merapati Jonghyun sambil menunjukkan gambar tersebut kepadanya.

"Wei! Patut la aku rasa macam kenal je perempuan tadi."
"Kau ni kenapa? Tiba-tiba je jadi macam ni."
"Kau ingat tak perempuan yang aku pandang kat taman tema tadi?"
"Ingat. Kenapa?"
"Cuba kau tengok ni. Bukan ke dia ni orang yang sama?"
"Ha'ah la... Memang betul la dia ni."
"Patut la aku rasa macam pernah tengok dia."
"Eh! Baru aku perasan. Lelaki kat sebelah dia ni mirip kau la."
"Ye ke?"
"Betul. Bukan mirip lagi, tapi dah boleh dikategorikan sebagai klon, tau."

"Memandai je la kau ni."
"Iye... Cuba kau tengok betul-betul."


Seung Ho mengambil gambar tersebut dari tangan Jonghyun dan melihat kembali gambar itu. Hampir 10 minit dia menatap gambar itu seperti sedang terfikirkan sesuatu. Dalam hatinya, dia tidak menafikan bahawa kata-kata Jonghyun itu adalah benar. Muka lelaki di dalam gambar itu amat mirip dengan wajahnya. Terdetik dihatinya untuk bertemu dengan lelaki itu walaupun ia agak mustahil kerana dia sendiri tidak mengenali dan mengetahui lokasi lelaki itu. Walaubagaimanapun, dia masih tertanya-tanya sebab apa gadis itu membuang gambar-gambar itu ke dalam laut. Dia bermonolog sendiri di dalam hatinya.

"Hhhmmm... Kenapa gadis tu buang gambar-gambar ni? Mereka berdua dah berpisah ke?"

Jonghyun disebelah hanya sekadar memandang sahabatnya yang sedang asyik menatap gambar itu. Jonghyun menepuk bahu Seung Ho dengan begitu kuat sekali.

*PAP*
"Hoi! Bukan main asyik lagi kau tenung gambar tu. Sampai tembus ke lantai aku tengok."
"Hish! Kau ni! Sakit tau tak! Dah tak reti nak tepuk dengan perlahan ke?!"
"Huih... Aku memang reti. Tapi, kau tu la. Asyik sangat tengok gambar tu. Aku rasa nak dekat 20 minit la kau tenung gambar tu. Apasal? Kau syok dekat gadis dalam gambar tu ke?"
"Bukan macam tu. Sebenarnya, aku masih lagi terfikir kenapa gadis tu buang gambar-gambar ni."
"Laaaa.... Yang kau sibuk nak fikirkan pasal tu buat apa? Dia bukannya adik kau pun."
"Aku tahu tu... Tapi, entahlah. Ada sesuatu yang menarik aku untuk mengetahui punca sebenar."
"Hhhmmm... Ikut suka kau la. Lebih baik aku pergi mandi dari melayan kerenah kau ni."
"Pergi je la. Aku tak suruh kau tunggu pun."
"Hek'eleh... Yelah!"

Jonghyun mencapai tualanya di belakang pintu dan terus menuju ke bilik mandi sementara Seung Ho pula mengemas gambar-gambar itu dan simpan di dalam sebuah sampul dan meletakkannya di dalam beg galasnya supaya ia tidak hilang. Selepas siap mengemas, dia berbaring-baring di atas katil sementara menunggu Jonghyun selesai mandi. Dia merenung siling biliknya dan mengelamun sendirian. Lamunannya terhenti apabila Jonghyun mencampakkan tuala ke arahnya.

"Sudah-sudah la mengelamun tu. Pergi mandi. Badan dah macam bau kambing."
"E'leh... Macam la dia tu wangi sangat."
"Dah sudah mandi, mesti la wangi."
"Yelah..."
"Kau tak nak makan ke? Aku lapar sangat ni."
"Mestilah! Kenapa? Kau nak masakkan untuk aku ke?"
"Dalam mimpi je la aku nak masakkan untuk kau. Kita makan kat luar je la."
"Huh! Kau tu memang... Bila aku suruh masak je, ada je la benda yang nak dijawab. Tunggu aku kejap. Lepas aku bersiap baru kita pergi."
"Okey! Kau belanja."
"Aku lagi."
"Yelah... Kau kan bos."
"Yelah..."
"Hehehe... Bagus!"

Seung Ho hanya menggelengkan kepalanya. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan membersihkan dirinya. Selepas bersiap, mereka berdua keluar lalu menuju ke sebuah restoran makanan segera. Ketika mengambil pesanan, Jonghyun ternampak gadis di dalam gambar itu sedang menikmati makanan bersama kawannya. Jonghyun menyiku tangan Seung Ho sambil jari menunjukkan ke arah dua orang gadis itu. Seung Ho memandang ke arah yang ditunjukkan Jonghyun. Dia terkejut kerana tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan gadis itu.

"Wah... Tak sangka pulak boleh jumpa dia kat sini."
"Hhhmmm..."
"Kau nak tegur dia tak?"
"Buat apa?"
"Tadi dah alang-alang jumpa ni, tegur je la. Mana tahu tiba-tiba ter'sangkut'."
"Ada-ada je la kau."
"Sekejap ye."
"Kau nak pergi mana? Wei!"

Jonghyun menghampiri dua orang gadis itu lalu menyapa mereka.

"Hai."
"Awak ni siapa?"
"Nama saya Jonghyun."

Jonghyun menghulurkan tangannya tapi tidak disambut. Dia menggenggam tangannya dan meneruskan perbualannya.

"Minta maaf sebab saya mengganggu awak berdua."
"Apa yang awak nak?"
"Sekurang-kurangnya, beritahu nama awak berdua."
"Buat apa kami nak beritahu pada awak?"
"Sudahlah tu... Saya Park Su Rie dan ini sahabat baik saya, Seo Hye Gyun."
"Oooo... Awak ni lebih baik dari sahabat awak ni."
"Itu bukan urusan awak! Apa yang awak nak?!"
"Huih! Garangnya... Sabar, sabar... Sebenarnya, kawan saya nak berkenalan dengan kawan awak ni."
"Siapa kawan awak?"
"Tu... Yang duduk di meja hujung sana."

Jonghyun menunjuk ke arah Seung Ho. Mereka berdua memandang ke arah Seung Ho dan Seung Ho membalasnya dengan senyuman. Su Rie terpana. Air matanya bergenang dan hatinya berasa sebak yang teramat. Su Rie segera berlari keluar dari restoran itu sambil menangis. Hye Gyun mengejarnya dari belakang sambil memberikan renungan yang tajam pada Jonghyun. Jonghyun kembali semula ke mejanya dalam keadaan terpinga-pinga.

"Kau buat apa pada dia?"
"Mana ada aku buat apa-apa."
"Kalau tak, kenapa dia tiba-tiba menangis?"
"Mana la aku tahu. Yang aku tahu, lepas dia pandang kau, dia terus lari."
"Hhhmmmm..."

Mereka berdua mendiamkan diri dan terus memakan makanan yang sudah sedia terhidang di hadapan mereka. Mereka langsung tidak bersuara walaupun sepatah perkataan kerana masih dihantui peristiwa tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Part 1

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Su Rie menghelakan nafas berat sambil merenung ke arah laut biru yang menenangkan jiwa. Dadanya sebak menahan tangis. Dia tidak menyangka musim bunga merupakan musim yang amat memedihkan hatinya. Dan musim bunga juga merupakan musim terakhir yang diraikan bersama insan yang teramat dicintainya. Jun Suh pergi meninggalkanya buat selama-lamanya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya. Akhirnya, air mata Su Rie jatuh berguguran. Dia menangis semahu-mahunya kerana dia juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Tetapi, nasibnya baik kerana dia hanya mengalami cedera parah di bahagian tangan dan kaki. Su Rie tidak dapat menerima hakikat dengan pemergian Jun Suh. Baginya, hilang Jun Suh bermakna hilanglah kehidupan dan cintanya. Pernah beberapa kali dia cuba untuk membunuh dirinya, tetapi setiap kali dia ingin membuat begitu, serta-merta wajah Jun Suh terbayang diingatannya.


"Begitu cepat awak pergi, sayang... Awak tahu tak betapa rindunya saya pada awak. Oh Tuhan, kenapa kau tidak membawa aku pergi sekali bersama kekasihku? Kenapa?", hatinya merintih kesedihan.

Su Rie menatap gambar yang berada ditangannya. Gambar dia bersama Jun Suh yang sedang tersenyum manis. Gambar yang diambil ketika hari ulang tahun percintaan mereka yang ke-3 pada musim bunga setahun yang lalu. Hatinya sayu. Dia mencium gambar itu dengan lama. Dia menatap kembali gambar itu sebelum dibuang ke dalam laut. Hatinya berat untuk membuang gambar itu, tetapi, apakan daya kerana sudah tidak bermakna lagi untuk dia menyimpan semua gambarnya bersama Jun Suh. Setelah menatap semua gambar itu, Su Rie membuangnya ke dalam laut. Dia memandang sayu pada gambar-gambar yang semakin lama semakin jauh dari pandangan matanya. Dia berpaling lalu beredar dari pantai itu. Tanpa disedari, seseorang telah mengutip gambar-gambar yang dihanyutkan ke laut. Lelaki itu menatap gambar itu sambil memerhatikan Su Rie yang sudah masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan pantai.

"Kenapa dia buang gambar-gambar ni? Dan siapa pula lelaki didalam gambar ni? Adakah lelaki ni kekasihnya?", soal hatinya.

Lelaki itu menyimpan gambar-gambar itu dan membawanya pulang. Sahabat lelaki itu menjerit memanggilnya dari pantai.

"Woi! Jom kita balik! Hari dah nak senja ni!"
"Yelah! Yelah!", sahut lelaki itu.

Lelaki itu bergegas ke pantai. Dia mengambil baju yang kering untuk digantikan dengan baju basah yang dipakainya. Sahabatnya terpandang gambar yang diletakkan di atas beg. Dia mengambil gambar-gambar itu dan menatapnya satu persatu.

"Wei! Gambar siapa ni? Mana kau dapat gambar-gambar ni?"
"Entahlah. Aku kutip gambar-gambar tu dekat laut tadi."
"Dekat laut? Siapalah yang buang gambar-gambar ni. Sayang betul."
"Hhhmmm..."
"Hei! Cantiklah gadis dalam gambar ni. Aku rasa lelaki ni mesti kekasih dia. Memang sepadan la."
"Tu la. Tapi aku masih tertanya-tanya, sebab apa gadis tu buang gambar-gambar ni."
"Mungkin mereka berdua dah berpisah. Gadis tu rasa sakit hati, jadi dia ambil keputusan untuk buang gambar-gambar ni."
"Huh! Kau ni... Cuba la bagi pandangan yang positif sikit."
"La... Dah hakikatnya macam tu. Takkan la dia nak buat pertandingan mencari harta karun dengan teman lelaki dia kot."
"Kau ni..."
"Apa?"
"Malas la aku nak cakap dengan kau. Buang masa aku je."
"E'leh... Buang masa konon. Blah la kau!"
"Nak blah ke mana?"
"Mana-mana je la."
"Okey! Kalau macam tu, aku blah dulu la ye. Pandai-pandai la kau balik sendiri."
"Eh! Wei... Rileks la... Aku main-main je tadi. Takkan la kau nak tinggalkan sahabat sejati kau kat sini kot."
"Hahaha! Tu la... Kau jangan sekali-kali cabar aku. Nanti betul-betul aku tinggalkan kau, baru tau."
"Yelah, yelah..."

Mereka berdua mengemas semua peralatan mereka dan masuk ke dalam kereta. Mereka beredar dari pantai lepas matahari terbenam dan suasana mulai kelam.


***********


"Su Rie..."

Su Rie tersentak dari lamunannya. Dia berpaling dan kelihatan sahabat baiknya, Hye Gyun menguntumkan senyuman manis kepadanya. Su Rie hanya memandang kosong. Dia tidak berdaya untuk membalas senyuman sahabatnya itu. Hye Gyun menghela nafas berat. Sudah hampir 3 bulan Su Rie bersikap begitu. Hye Gyun, keluarga Su Rie dan keluarga Jun Suh sudah habis ikhtiar. Mereka tidak tahu bagaimana untuk memulihkan kembali semangat Su Rie yang sudah hilang sejak kematian Jun Suh. Hye Gyun menitiskan air matanya. Hatinya berasa amat perit. Dia tidak sanggup lagi melihat kesedihan Su Rie. Baginya, Su Rie sudah dianggap seperti kembarnya. Gembira Su Rie, gembiralah dia. Sedih Su Rie, sedihlah dia. Kerana tidak tahan, Hye Gyun terus merentap bahu Su Rie lalu memusingkan Su Rie bagi menghadap dirinya. Su Rie terkejut akan tindakan Hye Gun. Riak wajahnya yang pada awalnya mula tegang kian rudum apabila melihat air mata yang merembes laju di pipi Hye Gyun.

"Su Rie... Cukuplah. Yang pergi, tetap pergi dan takkan kembali. Sampai bila kau nak menyeksakan diri kau? Kau tahu tak? Kau bukan setakat menyeksakan diri kau, malah diri orang-orang yang berada di sisi kau."

"Aku tahu... Tapi, aku tak mampu nak menghalangnya. Aku terlalu cintakan dia, Hye Gyun. Tak mungkin aku akan lupakan tragedi tu."

"Sebenarnya kau mampu. Aku tahu kau mampu. Tapi, kau sengaja membiarkan tragedi tu menguasai diri kau. Kalau kau tak biarkan, kau takkan jadi macam ni."

"Aku..."

"Sudahlah, Su Rie. Aku ni bukannya menghasut untuk lupakan Jun Suh sebab aku tahu cinta kau terhadap dia amat kuat. Tapi, sekurang-kurangnya kau terimalah hakikat bahawa dia dah pergi buat selama-lamanya. Kasihan dia. Roh dia terseksa disebabkan kau."

"..."

"Su Rie... Kau kena ingat. Aku dan keluarga kau sentiasa berada disisi kau. Aku akan tolong kau, okey?"

Su Rie mengangguk. Dia memeluk Hye Gyun sambil menangis. Dia berasa terharu kerana kawan baiknya itu sentiasa mengambil berat terhadap dirinya. Hye Gyun mengusap-usap kepala dan belakang badan Su Rie. Di dalam hatinya, dia berharap sangat agar Su Rie dapat menerima hakikat dan kembali seperti sedia kala.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Smile Again (Cast)

CAST

Park Su Rie, seorang gadis yang kehilangan kekasihnya akibat dari kemalangan jalan raya pada musim bunga.
Selepas beberapa bulan, dia menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah suatu hari, dia bertemu dengan seorang lelaki yang mirip dengan kekasihnya.

Jung Seung Ho, seorang jurukamera bebas dan merupakan sahabat baik Jonghyun. Wajahnya amat mirip dengan mendiang kekasih Su Rie. Seorang yang peramah, baik dan pandai mengambil hati orang lain.

Lee Jun Suh, mendiang kekasih Su Rie yang mati akibat kemalangan jalan raya.

Seo Hye Gyun, sahabat karib Su Rie sejak dari sekolah rendah lagi. Seorang yang baik, setia dan amat mengambil berat tentang Su Rie.

Kim Jonghyun, sepupu dan sahabat karib Seung Ho sejak dari kecil. Seorang yang baik, kelakar dan ceria. Jatuh cinta pada Hye Gyun selepas beberapa kali bertengkar dengannya.


Park Yong Soo, abang kepada Su Rie. Seorang yang tegas, dingin dan agak panas baran tetapi amat menyayangi Su Rie. Pernah berkahwin tetapi bercerai kerana isterinya curang. Mengambil masa yang agak lama untuk menerima kehadiran Seung Ho dalam hidup adiknya.

Lee So Ra, ibu kepada Su Rie dan Yong Soo. Pemilik sebuah butik terkemuka dan berpendirian tegas. Seorang isteri dan ibu yang penyayang. Merupakan sahabat Hee Bin yang sudah lama terpisah.

Jung Hee Bin, ibu kepada Seung Ho. Seorang yang ceria dan amat memahami anak tunggalnya. Dia juga memiliki sebuah studio kerana mempunyai minat yang sama dengan anaknya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tentang Diriku

Nama Sebenar: Noor Idzaty Binti Mohd Hishamudin
Nama Antarabangsa: Kim Eunchoon
Nama Samaran: Atie, Noori, Ridz, Eun
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1991
Tempat Lahir: Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HBKL)
Zodiak: Leo
Pendidikan: SPM 2008
Jenis Darah: O
Hobi: Menulis, memasak, membaca, menyanyi, menari dan mendengar muzik
Kelebihan: Memasak, mencipta resepi
Cita-cita: Pengacara, DJ radio, guru dan pengurus artis(angan-angan)
Makanan Kegemaran: Masakan ibu, Korean Charbroilled with French Fries, Sate
Minuman Kegemaran: Jus buah-buahan, kopi, milo, susu, teh, air kosong, sirap limau ais, air berkarbonat
Artis Kegemaran: DBSK, Super Junior, SNSD, Sung Si Kyung, H.O.T, FT Island, Sudirman, Siti Nurhaliza, CSJH The Grace
Lagu Kegemaran: Mideoyo, You Only love, Wasurenaide, Rising Sun, In My Dream, Just You, The One I Love, Don't Don, Into The New World, Gee, Run Devil Run, Hoot, You Touched My Heart, Candy, Iyah, We Are The Future, After Love, Tears Are Falling, Pelangi Petang, Wajah Kekasih, Dreams Come True
Filem Kegemaran: Adnan Sempit, How To Train Dragon, My Name Is Khan, LOTR, Harry Potter, Alvin and the Chipmunk, Ice Age
Impian: Ingin menjadi seorang pengacara yang tersohor seperti Aznil Haji Nawawi dan Yoo Jae Suk
Falsafah hidup: Sekiranya gagal pada percubaan pertama, janganlah cepat berputus asa... Cuba lagi pada percubaan kedua, mungkin akan menemui kejayaan di masa akan datang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS